Friday 3 February 2012

Kelebihan Seorang Kidal.

Assalamualaikum, lama sudah aku tak meng-update kan blog aku ni haha sebab tak tahu nk tulis or cakap pasal ape kan last-last aku dapat Idea nk cerita sikit pasal kelebihan seorang yang kidal ni. :) Okay aku nk cerita sikit pasal definisi seorang kidal: (p/s: artical ni aku jumpa dekat blog saudari Ida)


  • Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 
  • 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
  • Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan.
  • Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
  • Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.


Article ni pula aku jumpa dekat blog Saudara Deeyaudeen Sabri "sorry bro aku just nk share sikit kita kan kidal" haha harap la dia tak marah. :)

 Bila bercakap tentang kelebihan kidal ni kan ada beberapa perkara yang aku suka sangat tentang menjadi kidal.. iaitu..



  • Secara kajian umum, golongan kidal ni lebih pandai, lebih teror dan lebih kacak or cun berbanding golongan kanan. Ni bukan aku yang cakap okeh, tapi kajian dah dibuat. So.. Aku terasa ada betulnya kot.. Hehe..

  • Golongan kidal jugak lebih sesuai dijadikan calon isteri / suami . Sebab? Berdasarkan kajian yang aku pernah terbaca, golongan ni akan sedaya upaya mempertahankan hubungan dan menjaga hubungan itu sekuat kuatnya.. Kira macam calon suami / isteri mithali gitu.. Haaa.. Ada betulnya gak tu.. Hehe.. 

  • Romantik? Member aku yang sama kidal dengan aku pernah cakap " Udin, kita beruntung kidal, sebab kita lebih romantik dari golongan bertangan kanan.. " . Errr.. Aku tatau nak sokong ke tak, tapi kalau ditengok member aku tu serius dia tu romantik ! Haha..  Aku? Tak kot.. lalala.. 

  • Berdasarkan kajian yang aku baca jugak, jika suami isteri tu dua dua kidal, peratus anak dia pon akan kidal jugak agak tinggi . Dan boleh dikatakan pasangan dua dua kidal amat jarang ditemui didunia.  Hoho... Kira macam "rare" woo.. Cool 

  • Golongan kidal jugak sangat la kreatif.. Ni bukan aku cakap ye.. ni berdasarkan kajian yang aku baca.. Tapi ada betul nya gak, beberapa designer hebat yang aku kenal, memang kidal ! =)

  • Golongan kidal ni dikatakan amat rapat  dan amat pentingkan family ! Err.. Yang ni aku sokong ! Haha..
Sebenarnya ada banyak lagi fakta yang menarik tentang orang yang kidal ni. Haha masa aku kecil lagi aku makan guna tangan kiri tu masa kecil eh sekarang ni dah beso makan tangan kanan la sunnah nabi. :) Jadi kepada orang-orang kidal jangan la berasa rugi menjadi kidal kerna:

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Fakta yang ni aku jumpa dekat blog Saudari Ida "harap jangan marah ye kak saya ni kidal dan saya nk share sedikit ye ka, Terima Kasih." Heheh. Jadi kita sebagai umat islam perlulah bersyukur tak kira anda lahir seorang yang tangan kanan or kidal. Okay nampak nye sampai disini saja la ye semoga kita bertemu lagi tu pun kalau otak aku ni bgi tau nk tulis pasal ape pulak lepas ni haha ok Jumpa lagi Assalamualaikum.